• LOGIN
SETITIK PELUH SEBUTIR INTAN

1. Saya/Kami merupakan Ahli Pertubuhan yang aktif, bukan seorang yang diberhentikan keanggotaan di bawah akta 109 serta tidak memegang status bankrap.

2. Saya/kami bersetuju dan akan mematuhi kepada :

i. Akta 109, Akta Pertubuhan Peladang 1973;

ii. Perlembagaan NAFAS serta Peraturan dan Kaedah Dana Peladang Kebangsaan (DPK);

ii. Seksyen 16 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA);

iv. Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA);

3. Saya/Kami mematuhi segala transaksi yang dilakukan dengan DPK adalah atas kerelaan dan tanggungjawab saya/kami serta mengesahkan ia tidak diperolehi daripada sumber dana yang mencurigakan atau daripada aktiviti yang melanggar undang-undang.

4. Saya/Kami mengesahkan bahawa pihak DPK diberi kuasa untuk meneliti dan/atau membuat pemeriksaan dan/atau mendapatkan maklumat dan/atau pengesahan, dengan atau daripada mana-mana agensi rujukan kredit, Central Credit Reference Information System (CCRIS), Financial Information Services Sdn Bhd (FIS) dan/atau mana-mana agensi dan/atau daripada mana-mana institusi kewangan, terhadap saya/kami yang DPK anggap wajar.

5. Saya/Kami bersetuju akan menyemak segala rekod urusniaga dan penyata akaun yang dihantar kepada saya/kami serta akan memaklumkan sekiranya terdapat kesilapan, ketidakaturan dan/atau kelainan dalam masa 30 hari.

6. Saya/ kami bersetuju bahawa wang yang diserahkan ini berlandaskan atas konsep Syariah dari segi peyimpanan yang menggunakan konsep Al Wadi’ah Yad Dhamanah.

7. Saya/ kami bersetuju bahawa wang yang diserahkan ini dilaburkan atas konsep Syariah yang menggunakan konsep Al Wakalah Bi Al-Istithmar.

8. Saya/Kami bersetuju memberi kebenaran mutlak dan tidak boleh batal kepada DPK untuk mendedahkan maklumat berkenaan dengan permohonan ini kepada Pendaftar Pertubuhan Peladang, Bank Negara Malaysia atau/serta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sebagaimana yang telah ditetapkan oleh undang-undang atau sebaliknya.

9. Saya bersetuju bahawa penamaan Penama adalah dengan kerelaan dan sebarang penukaran maklumat terkini adalah di bawah tanggungjawab saya. Saya juga mengambil tanggungjawab dan maklum akan penyerahan dana (selepas meninggal dunia) mengikut penamaan akan diuruskan oleh penama mengikut selayaknya.

10. Saya/Kami mengesahkan dan mengambil tanggungjawab sepenuhnya akan penandatangan-penandatangan berikut yang telah diberi mandat dan mempunyai kuasa untuk melaksanakan mana-mana transaksi, pengesahan, deklarasi serta perjanjian berkaitan.

11. Saya/Kami maklum akan peruntukan mengenai Akta Wang Tidak Dituntut 1965, bahawa Akaun Simpanan saya/kami akan diklasifikasi sebagai wang tidak dituntut tujuh (7) tahun dari tarikh urusniaga yang terakhir yang dikendalikan oleh saya/kami serta dana tersebut hendaklah dipindahkan kepada Pendaftar Wang Tidak Dituntut.

12. Saya/Kami bersetuju akan syarat-syarat dan pindaan yang akan diperkenalkan oleh DPK.

13. Saya/Kami mengesahkan bahawa saya/kami telah menerima, membaca dan memahami terma dan syarat berkenaan pengendalian dan/atau pengurusan akaun.

14. Saya/Kami mengakui bahawa segala maklumat yang diberikan adalah benar.


Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) 2010, kami dikehendaki memperolehi persetujuan jelas anda apabila mengumpul dan memproses data peribadi sensitif anda. Kami mengumpul data peribadi sensitif anda untuk menilai permohonan anda dan mentadbirkan produk-produk atau perkhidmatan-perkhidmatan yang anda telah meterai perjanjiannya.

Dari semasa ke semasa, kami Dana Peladang Kebangsaan dan/atau rakan kongsi strategik (secara kolektif “Entiti-entiti Lain”) yang mempunyai hubungan berkenaan produk, perkhidmatan dan promosi tertentu mungkin memiliki maklumat tentang produk-produk, perkhidmatan-perkhidmatan atau promosi-promosi yang mungkin menarik minat anda.

Untuk mendapat makluman sedemikian, persetujuan anda diperlukan untuk kami memproses, mendedah dan/atau berkongsi maklumat / data anda dengan Entiti-entiti lain. Selanjutnya, sila letakkan pilihan anda dengan menandakan kotak berkenaan dalam deklarasi di bawah.


Saya/kami mengisytiharkan bahawa saya/kami telah baca dan fahami serta bersetuju, membenarkan Dana Peladang Kebangsaan (DPK) untuk:

i. Meminta dan memperolehi kesemua maklumat dan data peribadi dalam borang ini bagi tujuan memproses permohonan ini dan semua tujuan-tujuan lain yang diperlukan berkaitan mana-mana produk, perkhidmatan dan promosi yang ditawarkan oleh DPK.

ii. Merkongsi data peribadi saya kepada Entiti-entiti Lain apabila dikehendaki bagi tujuan yang dinyatakan didalamnya; dan/atau

iii. Mengumpul dan memproses data sensitif peribadi saya untuk tujuan permohonan yang mana berkaitan.


© 2022 Dana Peladang Kebangsaan. Lot 1, Jalan Teknologi 3/5, Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Loading…
 
Loading…